Satu per satu. Pelat tersekat.
Saya berada disebelah Haikal, juga seorang saudara baru, bersama-sama sebilangan anggota yang lain menziarahi seorang muallaf oku, mak teh. Dengan badan tergetar-getar dialunkan bacaan alfatihah.
"al-ham-du-lillah-hi ro-b-bil- ala-min-nnn"
"arrohman-nir-ro-him..."
.....
"arrohman-nir-ro-him..."
.....
"waa-laa-doo-linn"
Sayup fatihah meruntunkan hati saya. Kalimah terakhir al-fatihah mak teh disambut dengan tangisan haikal yang berada di sebelah saya.
"masyaAllah, subhanaAllah, Allah merahmatinya, Allah merahmatinya!" sambil mengesat air matanya. Saya yang berada disebelahnya kaget, melihat dan cuba merasai perasaan seorang muallaf menghayati agama ilahi. Beliau mengatakan bahawa bersungguh-sungguh berusaha saudara baru oku ini membaca Al-fatihah apatah hinanya kita yang sihat ini.
Keadaan ini menambahkan keyakinan saya bahawa cara kita beragama hari ini tandus bukanlah semata mata kerana kekurangan ilmu agama, atau kuatnya pengaruh jahiliah, tetapi ia juga disebabkan kurangnya 'deria rasa' beragama. Sensitiviti terhadap membudayakan agama itu rosak, justeru malahirkan jiwa yang kontang dan tiada perasaan.
Hinggakan pelajar pengajian Islam yang berumur 20 tahun masih mencuit-cuit rakannya dalam satu saf diwaktu solat. Binggung aku.
Dari Aisyah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w “Seorang yang membaca Al-Quran sedang dia mahir dalam membacanya, bersamanya malaikat utusan Allah yang baik. Dan orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (berkeadaan payah), maka baginya dua pahala”
Hadith Riwayat Muslim.
Hari itu hari pertama saya bekerja amal di rumah muallaf berbangsa cina di negeri Terengganu. Sengaja saya mencampakkan diri dalam kerja amal yang upahnya murah pengalamannya mahal. Bukan tidak boleh untuk mencari kerja lain, bahkan sebelum ini saya bernah bergelar guru di sebuah sekolah kerajaan di Taiping.
Namun saya mencabar diri saya untuk berada dicelah kehidupan saudara baru berbangsa cina. Apabila cuba mengupas sisi-sisi yang terlindung disebalik kehidupan mereka mencari agama, seolah-olah menimbnulkan reaksi kejutan saraf bagi saya.
Kisah mereka sungguh mengagumkan. Ada yang ditetak, di tembak didada, dibelasah hingga koma demi mempertahankan akidah yang di imani. Berjumpa dengan Rasulallah dalam mimpi, baginda memberikan semangat untuk terus hidup agar menggigit agama ini walaupun dengan geraham tatkala hampir menjadi gila kerana menghadapi tekanan.
Tuhan telah tunjukkan sedikit gambaran kepada saya.
Syurga buat Keluarga Yasser
Gambaran peristiwa keluarga yasser di zaman pra-Perkembangan Islam. Keluarga ibnu makhzum itu diseret kasar menuju al-athbah oleh samseng-samseng abu jahal. Yasser, Summayyah dan Ammar dibawa ke padang pasir kontang diseksa dengan azab. Suara mereka berteriak didengari oleh kaum minoriti muslimin yang sedang trauma.
Hingga Yasser menemui ajalnya.
Lalu Summayah syahid di mata tombak abu jahal.
Sementara Ammar dihenyak dengan batu yang panas. Dilemaskan dan dipaksa untuk kufur. Sehingga turunnya ayat berkaitan dengan peristiwa ini,
![]() |
| Sesiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman dia mendapat kemurkaan dari Allah, kecuali orang yang dipaksa kafir, padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa) annahl:106 |
"sabarlah keluarga Yasser, bagimu syurga di sana"
Semoga Allah mencurahkan redha dan rahmatnya kepada keluarga Yasser. Sesungguhnya kisah penyiksaan mereka merupakan gambaran kepada generasi kini bahawa keyakinan dan keimanan merupakan tonggak bagaimana menghidupkan misi yang baru, bagaimana ummah yang mati boleh dihdupkan semula. Sepayah itu ia dihidupkan, maka sepayah itu juga gambaran ia mahu dibangunkan semula.
Walaupun agama ini mudah didapati secara automatik semnjak lahir, namun keyakinan dan deria rasa terhadap agama ini adalah keperluan terhadap sebuah keyakinan terhadap agama. Sensitiviti.
Salah Faham yang tidak berkesudahan
"so, come in i will show you all part of this mosque"
ermm saya mau tanya, adakah agama lain boleh masuk ke dalam masjid, coz before this saya masuk masjid di jakarta, dan di sekitar indonesia, boleh tapi saya rasa masjid di malaysia tak boleh masuk today i felt so satisfied, this is my first time enter a mosque"
"eh boleh sebenarnya orang beragama lain masuk masjid" saya menerangkan sebaik boleh.
"oh sebab itu tv pernah kata tak boleh".
Pernah suatu hari saya membawa sebilangan cina non-muslim masuk ke acara festival hari raya cina anjuran persatuan cina muslim Terengganu (macma). Ketika membawa mereka menyusur ke lorong bangunan tersebut tersebut, terpampang "persatuan cina muslim terengganu".
Tiba-tiba saya terdengar tuturan dialog,
"ohh ini persatuan orang cina yang masuk melayu or mixed melayu maybe"
"eh masuk islam bukan maksud masuk melayu lah..." lalu saya cuba memberi penerangan sehabis mampu.
Pandangan 'salah faham terhadap islam ini sememangnya merimaskan saya. Kerana ia telah singgah di benak fikir saya sejak sekian lama apabila bertemu dengan orang yang berbangsa cina non-muslim. Termasuk roomate saya di matrikulasi dahulu.
Beribu ribu duit habis untuk peruntukan Kementerian Penerangan dan komunikasi, Apakah selama 55 tahun di sebuah negara majoriti umat Islam, masih gagal menyampaikan maklumat yang benar kepada non-muslim?
Beribu ribu duit habis untuk peruntukan Kementerian Penerangan dan komunikasi, Apakah selama 55 tahun di sebuah negara majoriti umat Islam, masih gagal menyampaikan maklumat yang benar kepada non-muslim?
Atau peruntukkan tersebut dihabiskan untuk menayangkan cerita liwat dan vedio pornografi pemimpin parti politik pembangkang di media utama?
Setiap kali persoalan tersebut sampai ketelinga saya, seolah-olah saya dicampak dalam tong-tahi kejumudan. Di sebuah negara berbilang bangsa. Moga maklumat yang tepat dapat disampaikan kepada mereka yang tidak mengetahui.
Rasulallah. Itulah contoh tauladan kita. Seorang hamba habsyi berkulit hitam berlainan bangsa dari bangsa Rasulallah dimuliakan tempatnya.
Mungkin di tangan saya tiada penyelesaian terhadap salah faham terhadap Islam di negara ini, tetapi saya sentiasa ada selautan kasih sayang dan ukhuwwah yang tersemat di hati buat 'brother in faith' and 'brother in humanity' saya yang berlainan bangsa.
| bersama rakan kristian saya satu ketika dahulu. paolo dari spanyol |
Mungkin di tangan saya tiada penyelesaian terhadap salah faham terhadap Islam di negara ini, tetapi saya sentiasa ada selautan kasih sayang dan ukhuwwah yang tersemat di hati buat 'brother in faith' and 'brother in humanity' saya yang berlainan bangsa.
Moga selegam mana diantara warna kulit ini, seberapa sepet mana antara mata ini, ia menjadi bukti kehebatan Allah mengadun makhluknya pelbagai bentuk, tetapi punyai rasa hati yang sama. Sebuah hati bernama Manusia.
Seeru 'ala barakatillah saudara-baru ku.
0119. Blok Q-3-4
UniSZA Gong-badak.
Sesungguhnya Kaum Muslimin
adalah umat yang satu,
Satukan hati kami,
satukan fikrah kami dalam kecintaan kepada MU. ^_^









